PROLOG
Wajah yang basah itu membuatkan semua
turut merasa kesedihan yang sedang melanda hati itu. Masing-masing hanya senyap
seribu bahasa. Mereka tidak tahu apa yang perlu di ucapkan di saat hati itu
sedang berduka.
Mungkin ini ujian ALLAH untuk menguji
hati manusia. Puan Saodah sudah lama
menangis. Hati ibu mana yang sanggup melihat kesedihan yang bertimpa menimpa
anak gadisnya.
Encik Azmi juga tidak tahu bagaimana hendak menenangkan hati Amira ketika
itu. Dia redha dengan ketentuan ilahi.
“Along?”
Suara Aidil memecah kebisuan antara mereka. Semuanya berpaling kearah Aidil
yang sudah bangun mendapatkan Amira.
Encil Azmi juga menerpa ke arah Amira yang sudah terjatuh tetapi sempat di paut
oleh lengan Aidil yang pantas bertindak.
“Along!”
“Along nak Afnan bu. Alang tolong
dapatkan Afnan,” rayu Amira lemah.
Sejak tadi hanya itu yang meniti di bibirnya.
Hanya wajah Afnan yang ingin di tatap ketika ini. Wajah anak kesayangannya
bermain di ruang mata. Dia amat memerlukan kekuatan ketika itu.
Aidil pantas merangkul tubuh Amira yang
sudah terhinjut-hinjut menahan tangisan. Simpati sungguh dengan nasib kakaknya
itu.
“Sabar long. Semua ni dugaan ALLAH
untuk hambanya. Dia lebih sayangkan Afnan dari kita,” pujuk Aidil. Tangannya
mengusap lembut belakang Amira.
“Afnan satu-satunya peninggalan yang
amat berharga dari abang Amir. Dia kekuatan Along,” esakan Amira semakin kuat.
Puan Saodah dan Puan Mastura sudah
keluar drai bilik itu. Mereka tidak
sanggup lagi mendengar kata-kata Amira.
“Alang tahu Along kuat. Jangan cepat patah semangat. Mungkin Allah mahu
menggantikan Afnan dengan sesuatu yang lebih baik. Kematian adalah hakikat
Along. Tolong jangan macam ni Along. Along masih ada kami semua. Ingat tu,”
wajah Amira di dongakkan.
Amira menurut dan merenung mata adik lelaki kesayangannya itu. Aidil
mengangguk memberi kekuatan. Pantas dia mengesat titisan air mata yang mengalir
tanpa henti sejak tadi.
Aidil turut membantu. Hatinya turut menangis. Tetapi di hadapan Amira dia perlu berlagak kuat.
Jika tidak hati itu akan kembali rapuh.
Kini hanya dia harapan Amira. Betapa dia amat menyayangi Amira hinggakan
setiap kesakitan wanita itu seperti turut sama dirasai olehnya.
‘Ya ALLAh kau kuatkanlah hati Alongku ini.’
Senyuman manis dihadiahkan kepada Amira. Amira menggangguk sebelum
berpaling kepada ayahnya. Encik Azmi turut mengahadiahkan senyuman semangat
kepadanya.