Online Diary nukilan hati aini atiera

Tuesday 6 December 2016

Ivmist

Stokis bangi: nor kamal bin Abdul latiff

Call,SMS,whatsapp,telegram

0136778202/ 0195256469


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 5 March 2015

keluarga bahagia
hati ceria
hidup sederhana
tapi penuh bermakna
biar tidak kaya di dunia
tapi kaya di akhirat sana


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 19 January 2013



2

Datin Aisyah memerhati anak terunanya yang sedang termenung di taman seorang diri. Perlahan-lahan dia menghampiri Amir yang masih melayan fikirannya.
“Anak mama buat apa sorang-sorang kat sini,” tegur Datin Aisyah lembut sambil mengusap bahu Amir.
Amir berpusing menghadap uminya yang hanya berbaju tidur itu. Senyuman manis dihadiahkan untuk uminya yang sentiasa memerhati perubahan dalam dirinya dan  akan cuba menasihatinya sebaik mungkin.
“Amir ada masalah ke. Cuba kongsi dengan mama,” pujuk Datin Aisyah lembut.
Amir menggeleng perlahan. Bukan dia tidak sudi tetapi dia malu dengan uminya.
“Tak usah malu dengan mama. Mama akan cuba bantu jika mama tahu,” ujar Datin Aisyah seolah-olah dapat membaca fikiran anak tunggalnya itu. 
“Mama pernah jatuh cinta tak?” soalnya lambat-lambat.
Datin Aisyah tersenyum. Dia mengerti kini apa yang mengganggu fikiran anaknya itu. Amir telah jatuh cinta. Sesuatu yang menarik untuk dicungkil.
Selama ini dia tidak pernah melihat Amir serius dengan mana-mana perempuan tetapi kini lain pulak ceritanya. Tentu gadis itu seorang yang hebat hingga mampu membuatkan anaknya jadi begini.
“Pernah, dengan abah Amir,” jawabnya tenang.
“Bagaimana perasaan orang yang sedang dilamun cinta, ma,” soalnya lagi.
“Amir akan rasa sunyi tanpanya, hati selalu teringat kepada sidia dan selalu ingin bersamanya.”
Amir diam menghayati kata-kata mamanya. Ya, dia memang sedang menghadapi perkara yang sama seperti dinyatakan oleh Datin Aisyah tadi. Sehari tidak menatap wajah Amira dia rasakan hidupnya tidak sempurna dan hatinya sentiasa berlagu rindu untuk bersama gadis itu. Adakah dia sudah jatuh cinta?
“Apa yang perlu Amir buat mama,” Amir meminta bantuan mamanya untuk membantu dirinya yang kebingungan saat ini.
“Amir cakaplah dengan dia tentang perasaan Amir pada dia.”
“Bukan senang mama. Selama ini Amir selalu saja sakitkan hati dia dengan harapan Amir dapat halang hati Amir dari sayangkan dia tapi…” luahnya sayu.
“Kalau Amir tak cuba bagaimana nak tahu. Selama ni anak mama yang sorang ni tak pernah gentar dengan apa-apa tapi kenapa sekarang cepat sangat nak mengalah,” Datin Aisyah cuba menaikkan semangat anak kesayangannya itu.
“Mama rasa Mira akan terima Amir tak?” Amir masih tidak yakin sepenuhnya dengan dirinya sendiri.
“Cuba dulu sayang. Jangan cepat mengalah.” Ujar Datin Aisyah sebelum masuk kedalam rumah. Dia mahu memberi ruang kepada Amir untuk berfikir sendiri.

Selepas tamat kuliah yang terakhir Amir terus memecut keretanya ke kolej Amira. Dia sudah memikirkan perkara itu sebaik-baiknya setelah berbincang dengan mamanya semalam. Dia harus berani untuk menyuarakan hasrat hatinya kepada gadis itu sebelum terlambat.
Sampai saja keblok dua belas Amir terus menelefon Amira. Nombor itu dia dapat sewaktu Amira mendaftar dalam persatuan bulan sabit merah yang dipengerusikan olehnya.
“Hello, siapa ni,” lembut suara dihujung talian.
Amir menelan liurnya untuk mencari kekuatan. Lidah tiba-tiba saja kelu untuk bersuara. Suara yang lembut itu menggugat hatinya.
“Hello. Assalamualaikum,” Amira bersuara lagi. Bimbang suaranya tadi tidak dapat didengari oleh si pemanggil.
“Mira, saya nak jumpa awak kejap. Saya ada kat bawah ni,” akhirnya Amir besuara.
“Siapa ni?” Amira ingin tahu.
Dia menjengukkan kepalanya kearah tingkap. Saat terpandangkan Amir yang sedang bersandar di keretanya membuatkan Amira kelu tiba-tiba.
“Saya Amir. Saya ada sesuatu nak cakap dengan awak. Kalau awak tak turun saya akan buat kecoh kat sini,” ugut Amir.
Amira diam. Dia masih belum bersedia untuk bertemu kali kedua dengan lelaki itu setelah pertemuan pertama antara mereka amat menyakitkan hatinya. Untuk apa Amir Fahmi mahu berjumpanya lagi. Untuk menyakitkan hatinya sekali lagi seperti yang berlaku di Tasik Kejut dulu?
“Cepat Mira. Saya tahu awak nampak saya. Kalau awak tak turun sehingga saya bilang sepuluh saya akan buat apa yang saya cakap tadi,” Amir bersuara lagi.
Amira mendengar Amir membilang tetapi kakinya kaku untuk melangkah keluar dari biliknya di tingkat lima itu. Dia terus menunggu hingga Amir selesai mengira. Dengusan Amir terdengar ditelinganya.
“Awak tak nak turun ye, baik…” nada Amir berlagu sebelum mematikan talian.
Amira menjenguk untuk melihat apa yang akan dilakukan oleh lelaki itu. Bukan boleh percaya sangat dengan Amir Fahmi yang terkenal dengan sikap kurang sabarnya itu.
“Amira!!!” laung Amir kuat.
Dia tidak peduli dengan beberapa orang gadis yang melihatnya. Mereka berbisik sesama sendiri. Mungkin pelik dengan sikapnya yang kebudak-budakan itu.
Amira tersentak. Laungan Amir menarik perhatian penghuni blok itu. Ramai yang membuka tingkap untuk melihat siapa yang membuat kecoh di tengah hari begini.
“Amira!! Lekas turun. Saya tak akan pergi selagi awak tak turun,” laungnya lagi.
Diana yang sedang tidur terperanjat. Dia tidak ada kelas hari ini jadi masanya dihabiskan dengan merehatkan mata. Dia bangun menuju ketingkap dimana Amira sedang berdiri bagaikan patung sahaja lagaknya.
“Apa yang bising ni, Mira,” tanyanya sambil menuntaskan pandangan kebawah. Terlopong mulutnya melihat Amir yang berada di bawah.
Geram sungguh Amira dengan gelagat Amir. Pantas dia membetulkan tudung yang dipakai sebelum melangkah keluar. Sakit sungguh hatinya rasa macam nak ditelan hidup-hidup saja lelaki itu.
Amir tersenyum memandang kelibat Amira yang menghampirinya. Wajah kelat gadis itu tidak mematikan senyuman yang menghiasi bibirnya.
Terus sahaja Amira masuk kedalam kereta Amir tanpa mempedulikan senyuman lelaki itu. Wajahnya rasa tebal berinci-inci kerana terlalu malu dengan telatah Amir tadi sedangkan Amir hanya selamba sahaja.
“Awak tak malu ke buat kecoh kat sini. Kalau ye pun awak tak malu saya malu tau tak,” Amira melepaskan perasaan marahnya yang membuak saat ini.
“Sorry sayang, abang terpaksa buat macam tu,” ujar Amir dalam nada mengusik.
Amira menjeling mendengar bahasa yang digunakan oleh Amir. Rasa mahu ketawa tetapi ditahannya.
“Jom kita pergi makan dulu,” ajak Amir dan tanpa menunggu persetujuan Amira dia terus memandu keluar dari kawasan kolej.
Amira hanya diam walaupun hatinya berlagu bimbang. Dia tidak tahu apa motif lelaki itu berbuat begitu padanya hari ini. Adakah lelaki disebelahnya sudah tidak betul lagi atau sudah kena sampuk dengan hantu mana.
“Tak ada motif apa pun,” suara Amir mengejutkan Amira. Lelaki itu seolah-olah boleh membaca fikirannya.
Amira gelisah sendiri apabila kereta yang dipandu oleh Amir sudah jauh meninggalkan kawasan UM. Dia sangka Amir mahu makan dicafe mana-mana kolej tetapi kini dia tidak tahu Amir mahu kemana.
“Awak nak bawa saya kemana ni,” soalnya agak cemas.
Amir hanya tersenyum memandang wajahnya. Kereta mereka membelok masuk kesebuah rumah yang tersergam indah menandakan penghuninya adalah mereka yang kaya raya.
“Kita makan kat rumah saya. Mama saya dah masak dan dia nak jumpa awak,” jelas Amir sambil keluar dari perut kereta.
Amira terus kaku tanpa rasa ingin keluar. Kenapa dia perlu berjumpa dengan mama Amir sedangkan dia dan lelaki itu bermusuh. Apa yang hendak dikatakan padanya nanti.
Berkerut kening Amir melihat Amira yang langsung tidak berganjak. Dia berpatah balik dan membuka pintu di sebelah Amira. Wajahnya ditundukkan sedikit untuk menatap wajah gadis itu.
“Awak tak nak turun ke,” soalnya lembut.
Melihatkan tiada tindak balas dari Amira, Amir menarik tangan gadis itu agar mengikuti langkahnya. Amira berusaha melepaskan tangannya dari cengkaman tangan Amir yang kuat itu. Semakin dia menarik tangannya semakin kuat pula genggaman itu. Sakit sungguh hatinya saat itu.
“Lepaskan tangan saya,” bentak Amira kasar.
Serentak itu pintu utama dibuka dari dalam dan muncul seorang wanita lingkungan 40 an. Mungkin ibu Amir agaknya.
Datin Aisyah memerhati tangan anaknya yang sedang memegang erat tangan gadis di hadapannya. Wajah gadis itu kemerahan kerana marah atau malu mungkin.
Amira menyalami tangan wanita itu sesudah melihat Amir melakukan begitu. Datin Aisyah tersenyum mesra menyambut tetamunya itu.
“Jemputlah masuk.”


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment



                                                  1

Setelah dua tahun bertungkus lumus belajar, akhirnya Amira Hanani diterima masuk ke UM. Memang sesuatu yang amat menggembirakan semua pihak terutama sekali ibu dan bapanya.
Ramai juga kawan-kawannya yang telah diterima masuk kesitu. Tidak sunyi sangatlah keadaannya yang jauh dari keluarga nanti.
“Penat betul nak uruskan macam-macam perkara.” Rungutnya selepas keluar dari bilik doktor untuk pemeriksaan badan atau x-ray.
“Tak baik merungut along.” Tegur Encik Azmi lembut.
Amira tersenyum memandang ayahnya. Dia tidak berniat untuk merungut tetapi memang banyak urusan betul. Selepas ini mereka akan ke Bank Islam untuk membuat kad untuk kemudahan PTPTN.
“Along tau ayah.”
“Jom pi makan dulu. Ayah lapaq dah ni.”  Encik Azmi mengubah topik perbualan.
“Jom,kita pi Pekan Rabu nak. Makanan kat sana sedap tau ayah.”
Encik Azmi setuju. Mereka bergerak ke Pekan Rabu setelah semua urusan di klinik itu selesai. Memang mereka sengaja membuat pemeriksaan di klinik swasta kerana lebih cepat daripada klinik kerajaan.
Setelah semuanya selesai mereka berdua berangkat pulang kerumah mereka di Kuala Nerang.

“Hai ingat kat rumah ke,” tegur satu suara di belakangnya. Membuatkan Amira pantas berpaling. Wajah teman sebiliknya ditatap dengan senyuman. Dia mengenali Diana semasa minggu orientasi.
Minggu orientasi ini begitu memenatkan. Pada hari pendaftaran itu  Amira ditempatkan dengan pelajar dari Melaka iaitu Diana. Sejak itu mereka berdua menjadi rapat.
“Kau Diana. Buat apa kat sini. Tak berlatih untuk persembahan ke,” soal Amira kepada Diana.
 “Baru habis. Kau?”
“Aku pun sama. Lepas ni kan ada perjumpaan dengan pasi.”
“Tahu tak apa. Aku penatlah setiap hari terpaksa berkejar kesana kemari. Ingat kita ni robot ke,” bebel Diana dengan wajah mencuka. Bukan apa, dia memang penat dengan kerenah abang-abang dan kakak-kakak senior mereka.
“Tak lama lagi. Lepas ni kita bebas le,” pujuk Amira lembut.
“Betul jugak kan. Sayang la pulak.” Diana sudah ketawa dengan kata-katanya sendiri.


Sungguh boring seharian berada dalam dewan kuliah. Lamunannya tentang perbualannya dengan Diana dulu bermain diruang minda. Dalam masa yang sama Amira masih memikirkan tentang sikap Amir Fahmi salah seorang seniornya
Lelaki itu seolah-olah memusuhinya sedangkan dia langsung tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadap jejaka itu seingatnya. Apa yang tidak kena agaknya sehinggakan dia dijadikan musuh tradisi jejaka itu.
“Dari tadi aku tengok kau asyik termenung aje, kenapa. Ada problem ke?” Diana melabuhkan punggungnya diatas katil Amira.
“Bukan apa Ana. Aku tengah fikir kenapa Abang Fahmi jadikan aku macam musuh dia. Setahu aku tak pernah pulak aku sakitkan hati dia,” luah Amira perlahan.
Memang sudah lama dia mahu menanyakan perkara ini kepada seseorang tetapi dia tidak tahu siapa yang paling sesuai untuk diluahkan masalah itu.
Diana diam mendengar pertanyaan itu. Mereka juga keliru dengan  sikap Amir Fahmi. Wajah keruh Amira direnung sedalam mungkin untuk menyelami hati gadis itu.
Selama ini Amira hanya membisu jika Amir Fahmi melakukan sesuatu untuk menyakitkan hatinya. Dia hanya sesekali dilihat akan menangis didalam bilik ketika dia tidak ada bersama.
“Mungkin dia sengaja nak tarik perhatian kau tak.”Diana membuat serkap jarang.
Amira menggeleng.
“Tak mungkin.Aku tahu dia memang bencikan aku tanpa aku tahu apa sebabnya.”
“Aku ada idea.Apa kata kau bersemuka dengan dia dan tanya apa yang dia tak puas hati sangat kat kau.”Cadang Diana.
Amira terdiam sejenak memikirkan kata-kata Diana itu.Ada logiknya juga cadangan itu.Kalau tak cuba macam mana nak tahu.

Amir Fahmi mendengus memandang gadis di hadapannya yang sedang berbual mesra dengan Kamal. Rasa seperti mahu di tarik sahaja tangan gadis itu agar pergi dari situ. Hatinya sakit bukan kepalang.
Razlan di sebelah memerhati temannya yang sejak tadi asyik memerhati Amira dengan pandangan tajam. Seperti hendak menelan sahaja lagaknya. Buku di tangan Amir Fahmi sekadar dibuka tetapi tidak di baca.
“Amir, kau tengok apa tu,” tegur Razlan perlahan.
Matanya juga meliar seolah-olah mencari apa yang dilihat oleh Amir Fahmi walaupun dia tahu perkara sebenarnya.
Tersentak Amir Fahmi ditegur begitu. Antara teman-temannya hanya Razlan sahaja yang memanggilnya Amir sedangkan rakan-rakan yang lain memanggilnya Fahmi.
“Tak ada apalah. Aku tak ada mood nak lepak kat sini. Jom blah,” ujarnya dan terus bangun.
Razlan sekadar menurut. Dia tahu, Amir sakit hati dengan keadaan itu. Dia tidak menyalahkan Amira kerana gadis itu sememangnya ramah. Tambahan pula Kamal adalah orang sekampungnya.
“Kenapa tak terus terang saja kat dia,” duga Razlan.
Amir memerhati teman yang sentiasa tenang dan bijak memberi nasihat percuma padanya. Selama ini Razlan tidak pernah menyuarakan pendapat itu tetapi hari ini sebaliknya.
“Kalau kau terus tengok dari jauh aje, alamatnya gigit jarilah,” sambung Razlan lagi.
“Apa kau mengarut ni. Nak terus terang kat siapa?” soal Amir pura-pura bodoh.
“Amira Hanani Bt Azmi.”
Amir menggeleng sambil tersenyum kecil. Selama ini dia sangka Razlan tidak perasan tetapi ternyata sangkaannya meleset. Razlan selama ini hanya memerhati tindakannya tanpa banyak bicara.
Amir mengambil sikap berdiam diri. Cara itu lebih selamat daripada terus berbalah pendapat dengan Razlan kerana dia tahu Razlan bijak dalam mematahkan hujah orang lain.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 20 February 2012

Amir Amira

 PROLOG

Wajah yang basah itu membuatkan semua turut merasa kesedihan yang sedang melanda hati itu. Masing-masing hanya senyap seribu bahasa. Mereka tidak tahu apa yang perlu di ucapkan di saat hati itu sedang berduka.
Mungkin ini ujian ALLAH untuk menguji hati manusia. Puan Saodah sudah lama menangis. Hati ibu mana yang sanggup melihat kesedihan yang bertimpa menimpa anak gadisnya.
Encik Azmi juga tidak tahu bagaimana hendak menenangkan hati Amira ketika itu. Dia redha dengan ketentuan ilahi.
“Along?”
Suara Aidil memecah kebisuan antara mereka. Semuanya berpaling kearah Aidil yang sudah bangun mendapatkan Amira.
Encil Azmi juga menerpa ke arah Amira yang sudah terjatuh tetapi sempat di paut oleh lengan Aidil yang pantas bertindak.
“Along!”

“Along nak Afnan bu. Alang tolong dapatkan Afnan,” rayu Amira lemah.
Sejak tadi hanya itu yang meniti di bibirnya. Hanya wajah Afnan yang ingin di tatap ketika ini. Wajah anak kesayangannya bermain di ruang mata. Dia amat memerlukan kekuatan ketika itu.
Aidil pantas merangkul tubuh Amira yang sudah terhinjut-hinjut menahan tangisan. Simpati sungguh dengan nasib kakaknya itu.
“Sabar long. Semua ni dugaan ALLAH untuk hambanya. Dia lebih sayangkan Afnan dari kita,” pujuk Aidil. Tangannya mengusap lembut belakang Amira.
“Afnan satu-satunya peninggalan yang amat berharga dari abang Amir. Dia kekuatan Along,” esakan Amira semakin kuat.
Puan Saodah dan Puan Mastura sudah keluar drai bilik itu. Mereka tidak sanggup lagi mendengar kata-kata Amira.
“Alang tahu Along kuat. Jangan cepat patah semangat. Mungkin Allah mahu menggantikan Afnan dengan sesuatu yang lebih baik. Kematian adalah hakikat Along. Tolong jangan macam ni Along. Along masih ada kami semua. Ingat tu,” wajah Amira di dongakkan.
Amira menurut dan merenung mata adik lelaki kesayangannya itu. Aidil mengangguk memberi kekuatan. Pantas dia mengesat titisan air mata yang mengalir tanpa henti sejak tadi.
Aidil turut membantu. Hatinya turut menangis. Tetapi di hadapan Amira dia perlu berlagak kuat. Jika tidak hati itu akan kembali rapuh.
Kini hanya dia harapan Amira. Betapa dia amat menyayangi Amira hinggakan setiap kesakitan wanita itu seperti turut sama dirasai olehnya.
‘Ya ALLAh kau kuatkanlah hati Alongku ini.’
Senyuman manis dihadiahkan kepada Amira. Amira menggangguk sebelum berpaling kepada ayahnya. Encik Azmi turut mengahadiahkan senyuman semangat kepadanya.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen