Online Diary nukilan hati aini atiera

Saturday, 19 January 2013



2

Datin Aisyah memerhati anak terunanya yang sedang termenung di taman seorang diri. Perlahan-lahan dia menghampiri Amir yang masih melayan fikirannya.
“Anak mama buat apa sorang-sorang kat sini,” tegur Datin Aisyah lembut sambil mengusap bahu Amir.
Amir berpusing menghadap uminya yang hanya berbaju tidur itu. Senyuman manis dihadiahkan untuk uminya yang sentiasa memerhati perubahan dalam dirinya dan  akan cuba menasihatinya sebaik mungkin.
“Amir ada masalah ke. Cuba kongsi dengan mama,” pujuk Datin Aisyah lembut.
Amir menggeleng perlahan. Bukan dia tidak sudi tetapi dia malu dengan uminya.
“Tak usah malu dengan mama. Mama akan cuba bantu jika mama tahu,” ujar Datin Aisyah seolah-olah dapat membaca fikiran anak tunggalnya itu. 
“Mama pernah jatuh cinta tak?” soalnya lambat-lambat.
Datin Aisyah tersenyum. Dia mengerti kini apa yang mengganggu fikiran anaknya itu. Amir telah jatuh cinta. Sesuatu yang menarik untuk dicungkil.
Selama ini dia tidak pernah melihat Amir serius dengan mana-mana perempuan tetapi kini lain pulak ceritanya. Tentu gadis itu seorang yang hebat hingga mampu membuatkan anaknya jadi begini.
“Pernah, dengan abah Amir,” jawabnya tenang.
“Bagaimana perasaan orang yang sedang dilamun cinta, ma,” soalnya lagi.
“Amir akan rasa sunyi tanpanya, hati selalu teringat kepada sidia dan selalu ingin bersamanya.”
Amir diam menghayati kata-kata mamanya. Ya, dia memang sedang menghadapi perkara yang sama seperti dinyatakan oleh Datin Aisyah tadi. Sehari tidak menatap wajah Amira dia rasakan hidupnya tidak sempurna dan hatinya sentiasa berlagu rindu untuk bersama gadis itu. Adakah dia sudah jatuh cinta?
“Apa yang perlu Amir buat mama,” Amir meminta bantuan mamanya untuk membantu dirinya yang kebingungan saat ini.
“Amir cakaplah dengan dia tentang perasaan Amir pada dia.”
“Bukan senang mama. Selama ini Amir selalu saja sakitkan hati dia dengan harapan Amir dapat halang hati Amir dari sayangkan dia tapi…” luahnya sayu.
“Kalau Amir tak cuba bagaimana nak tahu. Selama ni anak mama yang sorang ni tak pernah gentar dengan apa-apa tapi kenapa sekarang cepat sangat nak mengalah,” Datin Aisyah cuba menaikkan semangat anak kesayangannya itu.
“Mama rasa Mira akan terima Amir tak?” Amir masih tidak yakin sepenuhnya dengan dirinya sendiri.
“Cuba dulu sayang. Jangan cepat mengalah.” Ujar Datin Aisyah sebelum masuk kedalam rumah. Dia mahu memberi ruang kepada Amir untuk berfikir sendiri.

Selepas tamat kuliah yang terakhir Amir terus memecut keretanya ke kolej Amira. Dia sudah memikirkan perkara itu sebaik-baiknya setelah berbincang dengan mamanya semalam. Dia harus berani untuk menyuarakan hasrat hatinya kepada gadis itu sebelum terlambat.
Sampai saja keblok dua belas Amir terus menelefon Amira. Nombor itu dia dapat sewaktu Amira mendaftar dalam persatuan bulan sabit merah yang dipengerusikan olehnya.
“Hello, siapa ni,” lembut suara dihujung talian.
Amir menelan liurnya untuk mencari kekuatan. Lidah tiba-tiba saja kelu untuk bersuara. Suara yang lembut itu menggugat hatinya.
“Hello. Assalamualaikum,” Amira bersuara lagi. Bimbang suaranya tadi tidak dapat didengari oleh si pemanggil.
“Mira, saya nak jumpa awak kejap. Saya ada kat bawah ni,” akhirnya Amir besuara.
“Siapa ni?” Amira ingin tahu.
Dia menjengukkan kepalanya kearah tingkap. Saat terpandangkan Amir yang sedang bersandar di keretanya membuatkan Amira kelu tiba-tiba.
“Saya Amir. Saya ada sesuatu nak cakap dengan awak. Kalau awak tak turun saya akan buat kecoh kat sini,” ugut Amir.
Amira diam. Dia masih belum bersedia untuk bertemu kali kedua dengan lelaki itu setelah pertemuan pertama antara mereka amat menyakitkan hatinya. Untuk apa Amir Fahmi mahu berjumpanya lagi. Untuk menyakitkan hatinya sekali lagi seperti yang berlaku di Tasik Kejut dulu?
“Cepat Mira. Saya tahu awak nampak saya. Kalau awak tak turun sehingga saya bilang sepuluh saya akan buat apa yang saya cakap tadi,” Amir bersuara lagi.
Amira mendengar Amir membilang tetapi kakinya kaku untuk melangkah keluar dari biliknya di tingkat lima itu. Dia terus menunggu hingga Amir selesai mengira. Dengusan Amir terdengar ditelinganya.
“Awak tak nak turun ye, baik…” nada Amir berlagu sebelum mematikan talian.
Amira menjenguk untuk melihat apa yang akan dilakukan oleh lelaki itu. Bukan boleh percaya sangat dengan Amir Fahmi yang terkenal dengan sikap kurang sabarnya itu.
“Amira!!!” laung Amir kuat.
Dia tidak peduli dengan beberapa orang gadis yang melihatnya. Mereka berbisik sesama sendiri. Mungkin pelik dengan sikapnya yang kebudak-budakan itu.
Amira tersentak. Laungan Amir menarik perhatian penghuni blok itu. Ramai yang membuka tingkap untuk melihat siapa yang membuat kecoh di tengah hari begini.
“Amira!! Lekas turun. Saya tak akan pergi selagi awak tak turun,” laungnya lagi.
Diana yang sedang tidur terperanjat. Dia tidak ada kelas hari ini jadi masanya dihabiskan dengan merehatkan mata. Dia bangun menuju ketingkap dimana Amira sedang berdiri bagaikan patung sahaja lagaknya.
“Apa yang bising ni, Mira,” tanyanya sambil menuntaskan pandangan kebawah. Terlopong mulutnya melihat Amir yang berada di bawah.
Geram sungguh Amira dengan gelagat Amir. Pantas dia membetulkan tudung yang dipakai sebelum melangkah keluar. Sakit sungguh hatinya rasa macam nak ditelan hidup-hidup saja lelaki itu.
Amir tersenyum memandang kelibat Amira yang menghampirinya. Wajah kelat gadis itu tidak mematikan senyuman yang menghiasi bibirnya.
Terus sahaja Amira masuk kedalam kereta Amir tanpa mempedulikan senyuman lelaki itu. Wajahnya rasa tebal berinci-inci kerana terlalu malu dengan telatah Amir tadi sedangkan Amir hanya selamba sahaja.
“Awak tak malu ke buat kecoh kat sini. Kalau ye pun awak tak malu saya malu tau tak,” Amira melepaskan perasaan marahnya yang membuak saat ini.
“Sorry sayang, abang terpaksa buat macam tu,” ujar Amir dalam nada mengusik.
Amira menjeling mendengar bahasa yang digunakan oleh Amir. Rasa mahu ketawa tetapi ditahannya.
“Jom kita pergi makan dulu,” ajak Amir dan tanpa menunggu persetujuan Amira dia terus memandu keluar dari kawasan kolej.
Amira hanya diam walaupun hatinya berlagu bimbang. Dia tidak tahu apa motif lelaki itu berbuat begitu padanya hari ini. Adakah lelaki disebelahnya sudah tidak betul lagi atau sudah kena sampuk dengan hantu mana.
“Tak ada motif apa pun,” suara Amir mengejutkan Amira. Lelaki itu seolah-olah boleh membaca fikirannya.
Amira gelisah sendiri apabila kereta yang dipandu oleh Amir sudah jauh meninggalkan kawasan UM. Dia sangka Amir mahu makan dicafe mana-mana kolej tetapi kini dia tidak tahu Amir mahu kemana.
“Awak nak bawa saya kemana ni,” soalnya agak cemas.
Amir hanya tersenyum memandang wajahnya. Kereta mereka membelok masuk kesebuah rumah yang tersergam indah menandakan penghuninya adalah mereka yang kaya raya.
“Kita makan kat rumah saya. Mama saya dah masak dan dia nak jumpa awak,” jelas Amir sambil keluar dari perut kereta.
Amira terus kaku tanpa rasa ingin keluar. Kenapa dia perlu berjumpa dengan mama Amir sedangkan dia dan lelaki itu bermusuh. Apa yang hendak dikatakan padanya nanti.
Berkerut kening Amir melihat Amira yang langsung tidak berganjak. Dia berpatah balik dan membuka pintu di sebelah Amira. Wajahnya ditundukkan sedikit untuk menatap wajah gadis itu.
“Awak tak nak turun ke,” soalnya lembut.
Melihatkan tiada tindak balas dari Amira, Amir menarik tangan gadis itu agar mengikuti langkahnya. Amira berusaha melepaskan tangannya dari cengkaman tangan Amir yang kuat itu. Semakin dia menarik tangannya semakin kuat pula genggaman itu. Sakit sungguh hatinya saat itu.
“Lepaskan tangan saya,” bentak Amira kasar.
Serentak itu pintu utama dibuka dari dalam dan muncul seorang wanita lingkungan 40 an. Mungkin ibu Amir agaknya.
Datin Aisyah memerhati tangan anaknya yang sedang memegang erat tangan gadis di hadapannya. Wajah gadis itu kemerahan kerana marah atau malu mungkin.
Amira menyalami tangan wanita itu sesudah melihat Amir melakukan begitu. Datin Aisyah tersenyum mesra menyambut tetamunya itu.
“Jemputlah masuk.”


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen