Online Diary nukilan hati aini atiera

Saturday, 19 January 2013



                                                  1

Setelah dua tahun bertungkus lumus belajar, akhirnya Amira Hanani diterima masuk ke UM. Memang sesuatu yang amat menggembirakan semua pihak terutama sekali ibu dan bapanya.
Ramai juga kawan-kawannya yang telah diterima masuk kesitu. Tidak sunyi sangatlah keadaannya yang jauh dari keluarga nanti.
“Penat betul nak uruskan macam-macam perkara.” Rungutnya selepas keluar dari bilik doktor untuk pemeriksaan badan atau x-ray.
“Tak baik merungut along.” Tegur Encik Azmi lembut.
Amira tersenyum memandang ayahnya. Dia tidak berniat untuk merungut tetapi memang banyak urusan betul. Selepas ini mereka akan ke Bank Islam untuk membuat kad untuk kemudahan PTPTN.
“Along tau ayah.”
“Jom pi makan dulu. Ayah lapaq dah ni.”  Encik Azmi mengubah topik perbualan.
“Jom,kita pi Pekan Rabu nak. Makanan kat sana sedap tau ayah.”
Encik Azmi setuju. Mereka bergerak ke Pekan Rabu setelah semua urusan di klinik itu selesai. Memang mereka sengaja membuat pemeriksaan di klinik swasta kerana lebih cepat daripada klinik kerajaan.
Setelah semuanya selesai mereka berdua berangkat pulang kerumah mereka di Kuala Nerang.

“Hai ingat kat rumah ke,” tegur satu suara di belakangnya. Membuatkan Amira pantas berpaling. Wajah teman sebiliknya ditatap dengan senyuman. Dia mengenali Diana semasa minggu orientasi.
Minggu orientasi ini begitu memenatkan. Pada hari pendaftaran itu  Amira ditempatkan dengan pelajar dari Melaka iaitu Diana. Sejak itu mereka berdua menjadi rapat.
“Kau Diana. Buat apa kat sini. Tak berlatih untuk persembahan ke,” soal Amira kepada Diana.
 “Baru habis. Kau?”
“Aku pun sama. Lepas ni kan ada perjumpaan dengan pasi.”
“Tahu tak apa. Aku penatlah setiap hari terpaksa berkejar kesana kemari. Ingat kita ni robot ke,” bebel Diana dengan wajah mencuka. Bukan apa, dia memang penat dengan kerenah abang-abang dan kakak-kakak senior mereka.
“Tak lama lagi. Lepas ni kita bebas le,” pujuk Amira lembut.
“Betul jugak kan. Sayang la pulak.” Diana sudah ketawa dengan kata-katanya sendiri.


Sungguh boring seharian berada dalam dewan kuliah. Lamunannya tentang perbualannya dengan Diana dulu bermain diruang minda. Dalam masa yang sama Amira masih memikirkan tentang sikap Amir Fahmi salah seorang seniornya
Lelaki itu seolah-olah memusuhinya sedangkan dia langsung tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadap jejaka itu seingatnya. Apa yang tidak kena agaknya sehinggakan dia dijadikan musuh tradisi jejaka itu.
“Dari tadi aku tengok kau asyik termenung aje, kenapa. Ada problem ke?” Diana melabuhkan punggungnya diatas katil Amira.
“Bukan apa Ana. Aku tengah fikir kenapa Abang Fahmi jadikan aku macam musuh dia. Setahu aku tak pernah pulak aku sakitkan hati dia,” luah Amira perlahan.
Memang sudah lama dia mahu menanyakan perkara ini kepada seseorang tetapi dia tidak tahu siapa yang paling sesuai untuk diluahkan masalah itu.
Diana diam mendengar pertanyaan itu. Mereka juga keliru dengan  sikap Amir Fahmi. Wajah keruh Amira direnung sedalam mungkin untuk menyelami hati gadis itu.
Selama ini Amira hanya membisu jika Amir Fahmi melakukan sesuatu untuk menyakitkan hatinya. Dia hanya sesekali dilihat akan menangis didalam bilik ketika dia tidak ada bersama.
“Mungkin dia sengaja nak tarik perhatian kau tak.”Diana membuat serkap jarang.
Amira menggeleng.
“Tak mungkin.Aku tahu dia memang bencikan aku tanpa aku tahu apa sebabnya.”
“Aku ada idea.Apa kata kau bersemuka dengan dia dan tanya apa yang dia tak puas hati sangat kat kau.”Cadang Diana.
Amira terdiam sejenak memikirkan kata-kata Diana itu.Ada logiknya juga cadangan itu.Kalau tak cuba macam mana nak tahu.

Amir Fahmi mendengus memandang gadis di hadapannya yang sedang berbual mesra dengan Kamal. Rasa seperti mahu di tarik sahaja tangan gadis itu agar pergi dari situ. Hatinya sakit bukan kepalang.
Razlan di sebelah memerhati temannya yang sejak tadi asyik memerhati Amira dengan pandangan tajam. Seperti hendak menelan sahaja lagaknya. Buku di tangan Amir Fahmi sekadar dibuka tetapi tidak di baca.
“Amir, kau tengok apa tu,” tegur Razlan perlahan.
Matanya juga meliar seolah-olah mencari apa yang dilihat oleh Amir Fahmi walaupun dia tahu perkara sebenarnya.
Tersentak Amir Fahmi ditegur begitu. Antara teman-temannya hanya Razlan sahaja yang memanggilnya Amir sedangkan rakan-rakan yang lain memanggilnya Fahmi.
“Tak ada apalah. Aku tak ada mood nak lepak kat sini. Jom blah,” ujarnya dan terus bangun.
Razlan sekadar menurut. Dia tahu, Amir sakit hati dengan keadaan itu. Dia tidak menyalahkan Amira kerana gadis itu sememangnya ramah. Tambahan pula Kamal adalah orang sekampungnya.
“Kenapa tak terus terang saja kat dia,” duga Razlan.
Amir memerhati teman yang sentiasa tenang dan bijak memberi nasihat percuma padanya. Selama ini Razlan tidak pernah menyuarakan pendapat itu tetapi hari ini sebaliknya.
“Kalau kau terus tengok dari jauh aje, alamatnya gigit jarilah,” sambung Razlan lagi.
“Apa kau mengarut ni. Nak terus terang kat siapa?” soal Amir pura-pura bodoh.
“Amira Hanani Bt Azmi.”
Amir menggeleng sambil tersenyum kecil. Selama ini dia sangka Razlan tidak perasan tetapi ternyata sangkaannya meleset. Razlan selama ini hanya memerhati tindakannya tanpa banyak bicara.
Amir mengambil sikap berdiam diri. Cara itu lebih selamat daripada terus berbalah pendapat dengan Razlan kerana dia tahu Razlan bijak dalam mematahkan hujah orang lain.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen